Tuesday, May 7, 2013

Secara umum, BN telah ditolak oleh rakyat.

KENYATAAN MEDIA


Mengikut data yang dikeluarkan SPR, daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.

Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi berbanding 4,513,997 undi kepada BN.

Gelombang menolak BN melalui “Tsunami Internet dan Anak Muda” ini akan berterusan. Dalam lima tahun akan datang, lebih ramai rakyat, dan terutamanya anak muda akan menjadi celik politik kerana terdedah dengan maklumat yang ada di internet.

Di samping itu, Pakatan Rakyat perlu mengambil masa ini untuk melatih polling agent – supaya mereka lebih cekap untuk menangkap dan menghidu helah yang dimainkan pihak-pihak tertentu di hari mengundi.

Gerakan mendesak agar sistem pilihanraya dirombak dan dibersihkan perlu terus digerakkan. Satu referendum rakyat perlu diadakan terhadap kepimpinan SPR hari ini, samada mereka patut diberikan mandat menerajui SPR.

Rakyat, teruskan usaha untuk membina gelombang lebih besar menumbangkan Umno-BN pada PRU14 nanti.

Di samping itu, PAS juga memberi jaminan akan terus berusaha menjadi pelindung kepada semua lapisan rakyat daripada sebaran cubaan untuk mencetuskan konfrontasi kaum.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 Mei 2013

No comments:

Post a Comment