Pengangkutan awam turut musnah dalam keganasan di Dhaka.
Pengangkutan awam turut musnah dalam keganasan di Dhaka.
DHAKA - Beribu anggota keselamatan terpaksa mengetatkan kawalan berikutan keganasan terus meningkat di ibu negara Bangladesh, semalam.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya tiga bom buatan sendiri meletup di tengah Dhaka namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sekolah dan premis perniagaan terpaksa ditutup termasuk beberapa jalan utama menuju ke ibu negara.

Keganasan tercetus apabila kumpulan parti pembangkang Hefazat-e Islam bersama 18 sayap parti melakukan protes bagi menggesa kerajaan supaya membenarkan kerajaan sementara memantau proses pilihan raya yang dijadualkan Disember ini.

Selain itu, kumpulan terbabit juga mendesak kerajaan menguatkuasakan undang-undang Islam dalam pentadbiran termasuk institusi pendidikan dan sosial.

Kelmarin menurut laporan dipetik daripada AP, sekurang-kurangnya tiga dilaporkan maut manakala lebih 60 orang cedera dalam beberapa pertempuran di sekitar ibu negara itu.