9 Mei 2013
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Mursi sah melantik sembilan menteri baru dalam rombakan kabinet atas permintaan pembangkang dengan dua daripada menteri baru itu adalah anggota gabungan pergerakan Ikhwan Muslimin yang diterajui beliau.
Perdana Menteri Hisham Qandil berkata, beliau bersama beberapa menteri baru itu akan ke kediaman Presiden untuk upacara angkat sumpah.
"Pada perbincangan awal, rombakan kabinet baru itu menyaksikan 11 menteri baru tetapi kini kami bersetuju mengehadkan kepada sembilan menteri sahaja bagi memudahkan pentadbiran," katanya, semalam.
Menurutnya, salah seorang menteri baru itu adalah dari anggota kanan Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) iaitu sayap politik Ikhwan Muslimin, Amr Darrag yang akan memegang portfolio Kementerian Kerjasama Antarabangsa.
Seorang lagi anggota FJP, Yehya Hamed pula akan memegang jawatan sebagai Menteri Pelaburan, laporan dipetik daripada Reuters.
"Kesemua rombakan ini bertujuan untuk penyusunan semula pentadbiran Mesir bagi memulihkan ekonomi dan memudahkan negara ini mendapat pinjaman di peringkat antarabangsa," katanya.

No comments:
Post a Comment