Thursday, May 9, 2013

Saya nak bangkitkan satu isu 'Blackout' yang berlaku semasa pengundian.

Tulisan : Staf TNB

Saya nak bangkitkan satu isu 'Blackout' yang berlaku semasa pengundian.

Saya salah seorang staf TNB.

Untuk makluman, pihak TNB telah sediakan jadual standby untuk semua staf menjaga bilik gerakan termasuk pencawang elektrik bagi kemungkinan berlakunya bekalan elektrik terputus.
Seperti gambar-gambar yang disiarkan di internet itu adalah gambar staf TNB yang bertugas bagi memastikan tiada bekalan elektrik terputus dan jika berlaku bekalan elektrik putus akan disambung dengan kadar segera.

Untuk makluman, kesemua bilik pengiraan undi terutama di kawasan panas, pihak TNB telah sediakan genset.
Dan saya yakin 100% tidak mungkin genset ini akan menyebabkan terputus bekalan elektrik.

Tapi saya amat hampa rupanya ada pihak tertentu ini yang telah melakukan kezaliman sebegini kepada rakyat sekaligus nama TNB terjejas.

Ini adalah propaganda pihak tertentu yang tidak bersih.
Apa yang saya hendak sampaikan disini, saya amat yakin pihak tertentu inilah yang memutuskan bekalan elektrik yang telah disambung ke pusat pengiraan undi dan tiada berlakunya putus bekalan elektrik ini disebabkan oleh TNB.

Saya amat sedih perkara ini berlaku berikutan ini adalah harapan seluruh rakyat malaysia.

Semoga apa yang saya sampaikan disini terjawab serba sedikit berkaitan TNB Vs Putus Bekalan Elektrik PRU 13.

Utk makluman, kebanyakan staf TNB adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat. Mustahil penyokong PR ini sendiri yang hendak sabotaj sehingga berlakunya blackout ini.

No comments:

Post a Comment