8 Mei 2013
TEL AVIV - Serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas Syria beberapa hari lalu dikatakan sebenarnya membawa 'mesej' kepada Iran.
Ahli parti Likud, Tzachi Hanegbi berkata, Israel kononnya cuba untuk mengelakkan sebarang konflik dengan Syria.
"Jika terdapat sebarang tindakan ketenteraan, ia hanya untuk menentang Hizbullah dan bukan rejim Presiden Bashar al-Assad," katanya.
Dalam satu kenyataan lain, bekas diplomat Israel turut mendedahkan serangan itu dilancarkan kerana mereka tidak mahu Iran mengawal rantau itu dengan penggunaan senjata canggih.

Difahamkan, pada masa ini, Israel telah mengenal pasti beberapa sistem senjata yang tidak dibenarkan sampai ke tangan pejuang Hizbullah termasuk senjata kimia dan peluru berpandu canggih.
Januari lalu, Israel turut melancarkan serangan udara untuk memusnahkan peluru berpandu buatan Rusia, SA-17 yang dihantar untuk Hizbullah.
Januari lalu, Israel turut melancarkan serangan udara untuk memusnahkan peluru berpandu buatan Rusia, SA-17 yang dihantar untuk Hizbullah.
Sementara itu, Lubnan, Mesir dan Liga Arab mengutuk tindakan biadab Israel itu serta turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan tegas kerana rejim Zionis telah mencabul kedaulatan sebuah negara Arab (Syria).
Majlis Kebangsaan Syria (SNC) juga menyelar Israel kerana didakwa cuba untuk mengambil kesempatan di atas konflik yang semakin meruncing di negara tersebut, laporan dipetik daripada AP.
No comments:
Post a Comment