Monday, June 10, 2013

14 tinggal serumah

14 tinggal  serumahMohd Yuki bersama sebahagian ahli keluarganya di rumah mereka. Kota Bharu: Seramai 14 orang terdiri daripada empat generasi sebuah keluarga di Kampung Tasek Banggu dekat sini, terpaksa berhimpit untuk berkongsi sebuah rumah akibat kedaifan hidup.

Mereka terdiri daripada ibu, Bidah Hussin, 71, bersama dua anak, Mohd Yuki Yusof, 33, dan Siti Halma Yusof, 39, yang juga ibu tunggal dengan dua daripada tiga anaknya sudah berkahwin.
Mohd Yuki dan pasangannya, Nur Ain Ramli, 23, bersama tiga anak mereka, Syafiqah Ulfa, 6, Syakir Irfan, 5, dan Mohd Shahran Ramadhan, 3, berpindah ke rumah itu sejak tujuh bulan lalu selepas Mohd Yuki ditimpa kemalangan jalan raya ketika pulang bekerja di Pasir Gudang, Johor.


Koma, kaki tempang

Akibat kemalangan itu, Nur Ain berkata, suaminya koma selama setahun dan kaki kanan menjadi tempang, lengan bahagian sama gagal berfungsi seperti biasa dan mengalami masalah pertuturan sehingga tidak lagi mampu bekerja.

Beliau berkata, mereka kini hanya bergantung hidup dengan saraan kakak iparnya, Siti Halma yang membuka gerai makanan di Tanjung Mas, Pengkalan Chepa.

Nur Ain yang tidak dapat bekerja kerana menguruskan Mohd Yuki dan emak mentua yang uzur, berkata yuran persekolahan anaknya sudah beberapa kali tertunggak, selain rawatan fisioterapi suami di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, terpaksa dihentikan akibat kesempitan wang dan masalah pengangkutan.
Masalah kewangan

Sementara itu, Siti Halma pula mempunyai tiga anak, iaitu Mohd Aizat Ismail, 10, selain Nurul Amirah, 21, dan Nurul Shasha Amanda, 17, kedua-dua sudah berkahwin dan juga tinggal bersama pasangan serta anak mereka di rumah sama akibat masalah kewangan.

Nurul Amirah berkahwin dengan Mohd Faizal Sulaiman, 20, manakala pasangan Nurul Shasha adalah Mohd Fadli Mat Wi, 32, dengan masing-masing ada seorang anak berumur 9 bulan, iaitu Puteri Najwa Maisarah dan Putera Syamir Ramadhan.

Tinjauan ke kediaman mereka mendapati rumah itu ada tiga bilik tidur dan sebuah bilik air, dengan keadaannya semakin uzur di mana beberapa bahagian termasuk bilik tidur Bidah sudah dimakan anai-anai.

Bidah berkata, rumah itu sudah didiaminya sejak kecil dan dipercayai berusia lebih 100 tahun.
“Kami jug
a bergantung pada wang bantuan bulanan yang diberikan kepada makcik,” katanya yang menerima bantuan bulanan RM250 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

No comments:

Post a Comment