Monday, June 10, 2013

Google, Facebook, marah intipan


San Francisco: Ketua Eksekutif Google, Larry Page dan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengutuk tindakan kerajaan Amerika Syarikat melakukan perisikan ‘online.’

Mereka juga menggesa supaya pihak berkuasa tidak menyembunyikan perbuatan mengintip menggunakan internet.
“Kami faham Amerika dan kerajaan lain perlu ambil tindakan untuk melindungi keselamatan rakyat termasuk menggunakan taktik mengintip.

“Tetapi, prosedur perundangan ketika ini menjejaskan kebebasan yang kita sanjung,” kata Page dalam blognya.

Zuckerberg pula berkata: “Facebook tidak akan sekali-kali terbabit dalam program memberi akses secara langsung kepada Amerika atau kerajaan lain selain pelayan kita.

Tiada arahan dedah maklumat

“Kami tidak pernah terima sebarang permintaan agensi kerajaan atau arahan mahkamah meminta kami dedahkan maklumat secara besar-besaran.
“Jika ada, sekalipun, kami akan menentangnya habis-habisan,” katanya lagi.
Google, Facebook dan firma teknologi maklumat itu juga menolak sekeras-kerasnya bahawa mereka mengambil bahagian dalam program sulit diberi nama PRISM membenarkan Agensi Kebangsaan Keselamatan (NSA) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) masuk ke dalam sistem mereka. - AGENSI

No comments:

Post a Comment