Monday, June 10, 2013

Erdogan bertegas enggan berundur



SEORANG penunjuk perasaan mengibar bendera Turki sebelum bertempur dengan polis antirusuhan di ibu negara Turki, Ankara awal semalam.- AP


ANDANA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas bahawa beliau tidak akan berundur di sebalik tunjuk perasaan sejak 10 hari lalu bagi mendesak supaya pemimpin tersebut meletak jawatan.
Berucap di atas sebuah bas di selatan Turki semalam, beliau sekali lagi mengecam penentangnya sebagai samseng dan pencuri.
Bandar ini menjadi lokasi pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dengan penyokong Erdogan kelmarin.
Selain itu, puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di jalan-jalan raya di Istanbul dan ibu kota Turki, Ankara dan bandar raya Izmir ketika konflik itu memasuki hari ke-10 semalam.
Menurut media tempatan, ramai penunjuk perasaan cedera di Ankara apabila mereka terjatuh ketika melarikan diri apabila polis melepaskan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan tunjuk perasaan.
Penunjuk-penunjuk perasaan bertindak liar dengan membaling bahan mudah terbakar dan mengejek anggota-anggota polis yang berkawal
Dalam usaha meredakan ketegangan, Erdogan meminta meminta penyokongnya supaya tidak melakukan sebarang keganasan.
Erdogan juga yakin partinya akan menewaskan pembangkang pada pilihan raya tempatan pada Mac tahun depan sekali gus menutup mulut pembangkang.
Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam protes yang tercetus pada 31 Mei lalu selepas polis cuba mematahkan satu tunjuk perasaan aman oleh sejumlah aktivis alam sekitar di ibu kota Turki, Istanbul. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2Vl6wrgcm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment