Monday, June 10, 2013

2,500 orang bantah syarat lesen laman web berita di Singapura


SINGAPURA - Kira-kira 2,500 penduduk berhimpun di Speakers Corner di sini semalam untuk mendesak pemerintah menarik balik syarat baharu pelesenan terhadap laman web berita yang berkuatkuasa 1 Jun lalu.
Bantahan secara aman ini dianjurkan sekumpulan penulis blog dikenali sebagai #FreeMyInternet yang menentang pelaksanaan syarat tersebut.
Kumpulan itu berpendapat, penguatkuasaan syarat berkenaan melanggar hak dan kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat secara dalam talian.
Kata kumpulan itu, lebih 4,000 orang telah menandatangani petisyen menentang syarat perlesenan itu termasuk penyertaan lebih 150 blog berita.
"Kami tidak menolak mengadakan dialog dengan pemerintah selagi ia meliputi perbincangan tentang cara peraturan baharu ini ditarik balik," kata mereka.
Bermula 1 Jun lalu, laman web berita yang sering memuatkan laporan tentang isu berkaitan Singapura dikehendaki mendapatkan lesen daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA).
Menurut undang-udang tersebut, laman web yang diberikan lesen oleh MDA perlu membayar deposit 50,000 dolar Singapura (RM123,853), di samping mematuhi semua syarat kandungan berita oleh pemerintah.
Mereka juga perlu menarik balik mana-mana laporan yang disiarkan dalam tempoh 24 jam jika diminta oleh pemerintah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2Vl7K1x18 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment