Sunday, June 9, 2013

Bekas ahli gimnastik punca perceraian Vladimir Putin?


MOSCOW 8 Jun - Perceraian Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan bekas isterinya Lyudmila, dipercayai berpunca daripada hubungan sulit pemimpin tersebut dengan bekas ahli gimnastik kebangsaan, Alina Kabayeva yang terjalin sejak beberapa tahun lalu.
Kabayeva yang dipercayai pernah melahirkan anak hasil hubungan dengan Putin, kini merupakan seorang ahli politik selepas bersara dari sukan gimnastik.
Khabar angin tentang skandal mereka berdua timbul kira-kira lima tahun lepas apabila sebuah akhbar Rusia milik Alexander Lebedev melaporkan, Putin mahu mengahwini Kabayeva.
Bagaimanapun, laporan terbabit dinafikan Putin dan syarikat akhbar itu ditutup tidak lama kemudian, dipercayai disebabkan kemarahan Presiden Rusia tersebut.
Sejak itu, beberapa laporan lain timbul dengan dakwaan Kabayeva mempunyai seorang bayi hasil hubungan sulit dengan Putin, namun kedua-dua mereka menafikan laporan tersebut.
Putin dan Lyudmila semalam mengumumkan penceraian mereka selepas 30 tahun berkahwin dalam satu program wawancara televisyen yang diadakan pada sebelah malam selepas mereka menonton persembahan balet.
Sebelum persembahan tarian itu, pemimpin berusia 60 tahun tersebut dilihat masih memakai cincin perkahwinannya, namun tidak memakai lagi cincin tersebut selepas persembahan dan ketika diwawancara. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130609/lu_11/Bekas-ahli-gimnastik-punca-perceraian-Vladimir-Putin#ixzz2Vfswb5WX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment