Sunday, June 9, 2013

Bina tandas untuk dapat bantuan kahwin


New Delhi: Pihak berkuasa di beberapa daerah di negeri Madyha Pradesh di India menawarkan bantuan kewangan dan hadiah kepada pasangan yang berkahwin dengan syarat bakal pengantin lelaki bergambar di sebelah tandas.

Mereka yang ingin mendapatkan bantuan menerusi skim itu juga boleh menggemukakan permohonan berserta dengan akuan bahawa mereka akan membina tandas dalam masa sebulan selepas berkahwin.
Pasangan yang berjaya akan menerima bantuan kewangan dan hadiah berjumlah 15,000 rupi (RM790).

Jurucakap pihak berkuasa negeri, Kavindra Kiyavat memberitahu wartawan: “Skim itu mula diperkenalkan pada 1 April lalu dan ia mendapat sambutan hangat.

No comments:

Post a Comment