Sunday, June 9, 2013

Mursi tolak pilihan raya awal

Mursi tolak pilihan raya awal
Poster kempen Tamarod yang menggesa Mursi disingkirkan turut ditampal di sekitar Kaherah.
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi, kelmarin menolak gesaan pihak yang mahu pilihan raya presiden diadakan lebih awal.

Dalam wawancara bersama akhbar Al-Ahram, Mursi menegaskan tuntutan tersebut adalah sebagai tidak masuk akal dan tidak sah.

Selain itu, beliau turut memberi amaran terhadap tindakan ganas dalam protes yang dirancang oleh pembangkang bertujuan untuk menggulingkan beliau sempena ulang tahun pertama pemimpin itu sebagai presiden di negara tersebut.

"Melanggar undang-undang, menggunakan kekerasan atau menghasut sememangnya tidak boleh diterima," katanya dipetik darri laporan AP.

Dalam insiden berasingan di Kaherah, sekumpulan penyerang tidak dikenali bertindak membakar ibu pejabat sukarelawan yang mengendalikan petisyen menggesa Mursi disingkirkan menerusi kempen Tamarod (pemberontak).

Sehingga kini, kira-kira tujuh juta tanda tangan telah diperoleh dan mereka berharap untuk mendapatkan  15 juta menjelang akhir bulan ini. 

No comments:

Post a Comment