Sunday, June 9, 2013

Keju cegah kerosakan gigi



9 Jun 2013
KAJIAN Akademi Pergigian Amerika Syarikat mendapati, keju boleh meneutralkan asid dalam mulut sekali gus mengurangkan kerosakan gigi yang disebabkan kaviti.

Ketua akademi Vipul Yadav berkata, kajian ke atas 70 kanak-kanak berusia antara 12 dan 15 tahun membuktikan, pengambilan keju meningkatkan pengeluaran air liur berakali yang boleh membantu mengurangkan pembentukan kaviti.

“Air liur boleh meneutralkan asid plak di sekeliling gigi yang menjadi punca kaviti. Lebih tinggi tahap pH alkali pada permukaan gigi maka lebih rendah hakisan gigi akan berlaku,” katanya dipetik dari MailOnline.

Menurutnya, kajian itu dilakukan dengan mengarahkan kanak-kanak mengambil keju, yogurt dan segelas susu dalam tempoh 20 minit ke setengah jam.

“Kumpulan pemakan yogurt dan meminum susu tidak menunjukkan perubahan paras pH tetapi kumpulan pemakan keju menyaksikan perubahan pH secara mendadak berlaku di dalam mulut mereka. -

No comments:

Post a Comment