Riyadh: Bayangkan anda ingin mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan mendapati ia begitu pemurah hingga memberi jumlah dua kali ganda daripada dikehendaki.
Apa yang anda akan lakukan?
Seorang lelaki Saudi baru-baru ini cuba mengeluarkan wang SR1,000 (RM820) dari sebuah ATM.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila menerima wang SR3,800.
Dengan pantas dia menelefon polis sebelum merakam mesin ‘gila’ itu menggunakan kamera telefon bimbitnya.
“Saya menelefon polis selepas melihat orang ramai berpusu-pusu menggunakan ATM berkenaan untuk mengeluarkan wang selepas menyedari ‘kemurahan hati’ mesin itu,” kata Issa Al Shalwi.
Menurutnya, dia akan ke ibu pejabat bank itu untuk memulangkan lebihan wang dikeluarkan ATM berkenaan. - GN
No comments:
Post a Comment