Sunday, June 9, 2013

Ghana hantar pulang pekerja haram China


ACCRA 8 Jun - Kira-kira 100 warga China yang ditahan di Ghana kerana menjadi pekerja haram di lombong emas di sini dibebaskan daripada tuduhan jenayah dan mereka akan dihantar pulang minggu depan.
Menurut pegawai Imegresen Michael Amoako-Atta, serbuan yang dilakukan di seluruh negara sejak 1 Jun itu termasuk di wilayah Ashanti, yang merupakan pusat perlombongan utama emas.
"Kami yakin dapat menghantar pulang mereka selewat-lewatnya pertengahan minggu depan," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130608/lu_02/Ghana-hantar-pulang-pekerja-haram-China#ixzz2VfqMCA00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment