Tuesday, June 18, 2013

Presiden Rusia curi cincin?

Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin
Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin
MOSCOW – Jurucakap Presiden Rusia, Vladimir Putin menafikan dakwaan yang mengatakan Putin mencuri cincin Super Bowl.

Dmitry Peskov memberitahu, pemilik asal cincin tersebut, Robert Kraft memberikan cincin tersebut sebagai hadiah kepada Putin.

Katanya, kedua-dua belah pihak bersetuju terhadap pemberian cincin yang memiliki 124 berlian itu ketika lawatan Kraft ke St. Petersburg, Rusia pada tahun 2005.

Dipetik daripada laporan New York Post, Kraft tidak menyebut secara spesifik bahawa Putin mencuri cincinnya itu.

“Saya menunjukkan kepada Putin cincin itu dan dia mencubanya dan pergi,” katanya.

Kraft memberitahu dia mahukan cincin itu kembali kerana mempunyai pertalian emosi dengan cincin tersebut.

“Saya ada pertalian emosi dengan cincin itu. Ada nama saya di cincin itu,” katanya.

Sementara itu, Peskov berkata, “apa yang Kraft cakap sekarang pelik. Saya berdiri 20 sentimeter daripada dia dan presiden.

"Saya nampak dan dengar bagaimana Kraft memberikan cincin itu sebagai hadiah," katanya.

Cincin 4.94 karat itu kini berada di Perpustakaan Kremlin, di mana semua hadiah rasmi disimpan.

Sehingga kini, kebenaran mengenai cincin tersebut masih menjadi teka teki.

No comments:

Post a Comment