Tuesday, June 18, 2013

Tahanan politik lancar mogok lapar di Arab Saudi

Tahanan politik lancar mogok lapar di Arab Saudi
Orang ramai menyokong tindakan mogok lapar yang dilakukan di luar penjara di Riyadh.
RIYADH - Sekumpulan tahanan politik melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanan mereka yang didakwa tidak tidak mengikut syarat.

Aktivis berkata, lebih daripada 70 tahanan melakukan mogok itu dalam usaha menarik perhatian antarabangsa terhadap situasi tidak berperikemanusiaan yang berlaku di seluruh penjara di Saudi.

“Kami berharap, bantahan ini mendorong tindakan segera daripada negara antarabangsa untuk menghentikan pelanggaran hak asasi manusia,” katanya.

Menurutnya, terdapat lebih daripada 40,000 tahanan kebanyakannya tahanan politik berada di penjara seluruh negara itu.

“Beberapa tahanan juga ditahan tanpa perbicaraan lebih daripada 16 tahun,” katanya.

Media melaporkan, tindakan itu sebagai cubaan menghasut orang ramai untuk menentang kerajaan. - Press TV

No comments:

Post a Comment