Sunday, July 7, 2013

Amerika Latin tuntut maaf


Cochabamba (Bolivia): Pemimpin beberapa negara Amerika Selatan menyuarakan sokongan terhadap Presiden Bolivia Evo Morales selepas pesawat beliau dipaksa mengubah haluan kerana disyaki membawa pembocor rahsia warga Amerika Syarikat Edward Snowden.

Mereka juga mendesak Perancis, Itali, Portugal dan Sepanyol yang enggan membenarkan pesawat membawa Morales terbang di ruang udara mereka memohon maaf.


Presiden Argentina, Ecuador, Suriname, Venezuela dan Uruguay berbincang dengan Morales di bandar Cochabamba untuk membantah tindakan keempat-empat negara terbabit.

Morales, ketika bercakap kepada wartawan berkata, beliau akan membuat pertimbangan untuk menutup kedutaan Amerika Syarikat di negaranya jika perlu.


Beliau sekali lagi menuduh Washington menjadi dalang dengan mendesak negara Eropah supaya tidak membenarkan pesawatnya terbang di ruang udara negara berkenaan Selasa lalu.


Morales dalam penerbangan pulang selepas menghadiri sidang kemuncak di Russia.
Ketika berada di Moscow, beliau menyuarakan kemungkinan akan mempetimbangkan permintaan suaka politik daripada Snowden. - AP

No comments:

Post a Comment