Sunday, July 7, 2013

Ikrar terus adakan protes


Kaherah: Gerakan Islam Mesir berikrar terus mengadakan protes untuk menuntut tentera mengembalikan Mohamed Mursi ke jawatan presiden, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi semalam, mereka berkata, orang ramai akan terus menyertai protes aman di Kaherah sehingga tentera berundur dan memulihkan kedudukan presiden yang dipilih rakyat. Sementara itu, tengah Kaherah terus tegang dengan penentang Mohamed Mursi bermalam di Dataran Tahrir. Kawasan itu pula diawasi pengawal yang dipilih dalam kalangan orang awam. Jambatan menuju Universiti Kaherah yang menjadi pusat penyokong Mohamed Mursi pula dipenuhi ketulan batu dan tayar terbakar selepas kedua-dua kumpulan bertempur, kelmarin. - AFP

No comments:

Post a Comment