Riyadh: Satu kabilah Saudi memberi hadiah bernilai lebih SR3 juta (RM2.52 juta) kepada seorang penduduk kerana memaafkan pembunuh anaknya selepas perbincangan dianjurkan oleh pemimpin kabilah berkenaan.
Mohsen bin Hadeed Al Mukati minggu lalu berada di mahkamah di Taif, barat Saudi untuk memaafkan pembunuh anaknya tanpa meminta wang darah.
Tindakannya menyebabkan hakim menarik balik hukuman mati ke atas pembunuh berkenaan.
Mohsen bersetuju untuk mengampunkan defendan yang membunuh anaknya dalam pergaduhan beberapa tahun lalu selepas perbincangan selama lebih setahun.
Perbincangan itu yang dikendalikan pemimpin kabilah terbabit dan beberapa kenamaan, berjaya memujuk Mohsen untuk menarik balik kes itu.
Anggota kabilah kemudian mengadakan jamuan besar-besaran untuk meraikan Mohsen kerana kesanggupannya memaafkan tertuduh. - AP
No comments:
Post a Comment