Sunday, July 28, 2013

Inisiatif baru bagi menangani krisis di Mesir

Inisiatif baru bagi menangani krisis di Mesir telah diumumkan di sidang media yang diadakan oleh ahli-ahli akademik dan penganalisa termasuk Mohammad Salim Al-Awa (gambar), yang dihadiri oleh Al Jazeera.

-Inisiatif ini mencadangkan Presiden Muhammad Mursi, yang digambarkan oleh Al-Awa sebagai Presiden sah yang dilantik, untuk melantik kerajaan negeri sementara. Beliau menambah bahawa Presiden sementara Adly Mansour bukan Presiden yang sah.

-Dalam langkah seterusnya, kerajaan negeri sementara ini akan mengadakan pilihanraya parlimen dalam tempoh 60 hari pelantikannya dan kemudiannya pilihanraya Presiden yang awal.

-Perlembagaan 2012 akan dikembalikan, kerana ia telah melalui pungutan suara umum, dan langkah sewajarnya perlu diambil bagi meminda perlembagaan tersebut.

- Al-Awa mengutuk seruan Jeneral al-Sisi's kepada rakyat untuk turun ke jalanan, mengatakan bahawa tindakan ini makin memisahkan rakyat dan telah membuatkan mereka menyerang satu sama lain serta mengancam keselamatan negara.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

No comments:

Post a Comment