KUALA LUMPUR - Pembohongan demi pembohongan pemimpin parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan mereka ditunjangi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap isu pembelian kapal selam Scorpene semakin terbongkar apabila seorang individu penting dalam urusan jual beli berkenaan bersuara semalam selepas tujuh tahun mengunci mulut.
Dianggap arkitek yang merintis kepada urusan beli Scorpene, Jasbir Singh Chahl mendedahkan dua penipuan besar pemimpin pembangkang dan Suaram ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan Malaysia.
Menerusi akhbar New Straits Times semalam, Jasbir menafikan penglibatan mendiang Altantuya Shaariibuu dari Mongolia dalam urusan pembelian itu, malah menjelaskan isu rasuah bernilai RM452 juta yang kononnya dibayar firma perniagaan Perancis, DCNS kepada pegawai kerajaan Malaysia adalah satu lagi fitnah jahat.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2aIi0164A
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment