Penasihat Syeikh Al-Azhar, Dr.Hasan Syafie sebentar tadi mengeluarkan kenyataan terbaru melalui televisyen "Al-Jazeera" mengutuk pembunuhan beramai-ramai pagi tadi. Beliau juga berkata, lebih 100 orang yang dibunuh dari kalangan pemuda Mesir itu bukan hanya dari Ikhwan Muslimin dan seakan-akan diperlakukan mereka seperti bukan manusia.
Beliau juga menyeru kepada para ulamak yang berada di Mesir khasnya Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad Toyyib, ulamak yang berada di luar di Mekah, Sham, Malaysia, Singapura dan seluruh dunia untuk melakukan sesuatu.
"Di mana Dr.Mohammed El-Baradei? Yang mana ketika pemerintahan Dr.Mursi, ketika hanya seorang yang dibunuh beliau berkata Mursi sudah hilang kelayakan memerintah. Bagaimana dengan pembunuhan beramai-ramai ini?"
Dr.Hasan juga berjanji akan bertemu dengan Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad Toyyib segera bagi meminta beliau menasihati pihak berkuasa menghentikan pembunuhan kepada penunjuk perasaan.

No comments:
Post a Comment