Sunday, July 28, 2013

Timbalan Presiden sementara Mohamed ElBaradei (gambar) pada hari Sabtu telah mengutuk dengan keras "penggunaan kekerasan yang berlebihan" di Mesir

Timbalan Presiden sementara Mohamed ElBaradei (gambar) pada hari Sabtu telah mengutuk dengan keras "penggunaan kekerasan yang berlebihan" di Mesir setelah berlaku pertembungan berdarah antara penyokong Presiden Mursi yang digulingkan dan pasukan keselamatan. 

"Saya mengutuk dengan keras penggunaan kekerasan yang berlebihan dan kematian, dan saya sedang bekerja keras dalam semua arah untuk menamatkan konfrontasi ini dengan cara yang aman, Tuhan lindungi Mesir dan merahmati semua mangsa," beliau berkata menerusi akaun Twitter miliknya.

Sejumlah penyokong Presiden Mursi telah ditembak mati dalam insiden paling berdarah dalam sebulan ini setelah keganasan tercetus di perarakan besar-besaran menyokong Presiden Mursi yang digulingkan.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

No comments:

Post a Comment