TOKYO - JEPUN. Pengendali nuklear Jepun mengeluarkan kenyataan bahawa cecair radioaktif dari stesen reaktor Fukushima yang rosak sewaktu bencana tsunami dua tahun lalu, bocor dan memasuki perairan Pasifik, kelmarin.
Dipetik Al-Jazeera, Ketua Pengendali Nuklear, Shunichi Tanaka berkata, pihaknya tidak menolak kebocoran ke dalam laut berkemungkinan besar berlaku sejak insiden Mac 2011.
"Saya tidak dapat memastikan jumlah kapasiti cecair radioaktif yang telah mencemarkan laut di kawasan Pasifik," katanya.
Selasa lalu, Tokyo Electric Company (Tepco) memberitahu, tahap radiasi dalam air bawah tanah semakin meningkat dan menunjukkan ia dicemari bahan bertoksik tinggi.
Hasil pemerhatian terhadap kerosakan pada Reaktor 2, tahap kebocoran radioaktif meningkat secara mendadak dan membabitkan sesium-134 serta sesium-137.
Setakat ini, bahan toksik seperti sesium turut ditemui merebak menerusi saluran paip bawah tanah bersebelahan stesen nuklear tepi pantai. -

No comments:
Post a Comment