Friday, July 12, 2013

Pengganas seru perangi polis Indonesia

JAKARTA 10 Julai - Seorang lelaki yang mendakwa sebagai pengganas paling dikehendaki Indonesia, Santoso tampil pada satu video yang dimuat naik dalam YouTube dengan menyeru orang ramai supaya meneruskan peperangan ke atas unit antikeganasan polis negara ini, (Densus 88).
Video selama enam minit itu bertajuk 'Risalah Kepada Ummat Islam di Kota Poso' telah dimuat naik oleh satu akaun menggunakan nama Al-Himmah pada Ahad lalu.
Media hanya menyedari kewujudan video itu sehinggalah semalam.
Dalam video itu, lelaki yang mendakwa sebagai Santoso menyampaikan pesanan sambil mengacu sepucuk pistol di dalam hutan sambil diiringi dua lelaki bertopeng bersenjatakan raifal di belakangnya.
Jurucakap polis Indonesia, Inspektor Jeneral Ronny F. Sompie berkata, Densus 88 masih menganalisis video itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130711/lu_09/Pengganas-seru-perangi-polis-Indonesia#ixzz2YmolGzHX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment