Friday, July 12, 2013

Thailand sasar jual 1 juta tan beras ke Indonesia



BANGKOK - THAILAND. Thailand berharap dapat memeterai janji niaga untuk menjual kira-kira satu juta tan beras setiap tahun ke Indonesia pada Oktober.
 
Menteri Hal Ehwal Luar Thailand, Surapong Tovijakchaikul berkata sekiranya kedua-dua negara bersetuju dengan terma itu, memorandum persefahaman akan dimeterai semasa pusingan seterusnya mesyuarat APEC di Bali, Indonesia, pada Oktober.
 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini selepas bertemu dengan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa.
 
Thailand merupakan pengeksport utama beras dan dianggarkan memiliki kira-kira 17 juta tan besar dalam rumah gudangnya. Ia menyasar mengeksport 8.5 juta tan tahun ini.
 
Indonesia, yang diunjur menghasilkan lebih 37 juta tan beras, juga merupakan satu daripada pengimport beras utama dunia.
 
Sementara itu, Natalegawa berkata Indonesia dan Thailand mencari peluang baru untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi, terutamanya kerjasama dalam sektor perikanan dan isu-isu jaminan makanan secara umumnya, termasuk beras.
 
Semasa mesyuarat itu beliau juga membincangkan isu-isu dua hala dengan Tovijakchaigul. - Bernama

No comments:

Post a Comment