Friday, July 12, 2013

Kuwait tawar bantuan kecemasan sebanyak AS$4 bilion kepada Mesir

KUWAIT CITY 11 Julai - Kerajaan Kuwait menawarkan bantuan kecemasan bernilai AS$4 bilion (RM12 bilion) kepada Mesir, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan menjadi AS$12 bilion (RM36 bilion) sejak Presiden Mohammed Mursi digulingkan.
Menteri Dalam Negeri untuk Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammad Abdullah al-Sabbah berkata, anggota Kabinet Kuwait meluluskan pakej bantuan berkenaan untuk disalurkan kepada kerajaan Mesir selepas mendapat arahan daripada Emir.
Jelasnya, pakej bantuan itu merangkumi bantuan kerajaan bernilai AS$1 bilion (RM3 bilion), bantuan deposit bank pusat Mesir sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) dan bantuan produk minyak berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130711/lu_02/Kuwait-tawar-bantuan-kecemasan-sebanyak-AS4-bilion-kepada-Mesir#ixzz2Ymn4AUZW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment