KAHERAH - MESIR. Pejabat pendakwa raya Mesir, kelmarin mengarahkan Mursyidul Am Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie ditahan atas dakwaan menghasut keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republikan, di mana seramai 51 orang turut dilaporkan terkorban.
Dipetik AFP, Timbalan beliau, Mahmoud Ezzat dan dua pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) turut dikenakan tindakan sama.
Selasa lalu, 650 suspek yang terlibat dalam keganasan sehari sebelum itu telah disoal siasat dan sembilan daripadanya dikenakan waran tangkap.
Sementara itu, ribuan penyokong Ikhwanul Muslimin terus berhimpun dan mendirikan khemah di luar Masjid Rabaa al-Adawiya serta menjalani ibadah puasa seperti biasa walaupun dalam situasi meruncing ketika ini.

No comments:
Post a Comment