23 Disember 2013
Tentera PBB meneruskan usaha memindahkan penduduk di Bor.
ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Kesatuan Afrika (AU) mendesak gencatan senjata perlu dilakukan segera di selatan Sudan menjelang hari Krismis.
Pengerusi AU, Nkosazana Dlamini-Zuma berkata, tindakan itu sebagai tanda komitmen semua pihak untuk kesejahteraan rakyat di negara terbabit.
“Konflik ini semakin kritikal apabila serangan turut melibatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan orang awam. Serangan ini adalah jenayah perang paling dahsyat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberi amaran selepas tiga pesawat tentera AS ditembak ketika cuba memindahkan penduduk dari kawasan terpencil di bandar Bor wilayah Jong-Lei.
Menurut kenyataan dari Rumah Putih kepada Reuters, sebarang usaha untuk merampas kuasa melalui penggunaan tentera bakal berakhir dengan peperangan.
Kejadian terbabit berlaku sehari selepas helikopter PBB ditembak jatuh di wilayah sama dalam misi memindahkan warga AS di Bor.
Tembakan yang dilepaskan memaksa pesawat berundur ke landasan udara pinggir Sudan.
Misi menyelamat kemudiannya dibatalkan dan pesawat meneruskan penerbangan ke Uganda.
Mangsa kemudiannya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara AS C-17 untuk rawatan lanjut di Nairobi, Kenya.
Pergelutan antara tentera Presiden Salva Kiir dan bekas Timbalan Presiden, Riek Machar sejak Ahad lalu itu dijangka merebak ke beberapa wilayah lain.

No comments:
Post a Comment