Monday, December 23, 2013

Liga Arab tolak AS


23 Disember 2013

KAHERAH -  MESIR. Negara Liga Arab bersepakat menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan tentera Israel ditempatkan di sempadan timur Palestin.

Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby berkata, cadangan itu dilihat sebagai cubaan meluaskan kawalan di negara terbabit.

“Rundingan itu berat sebelah kerana ianya memberi kelebihan kepada AS dan menafikan hak penduduk Palestin. Walaupun cadangan itu memberi jaminan keselamatan untuk semua pihak namun perkara itu tetap satu pencabulan hak,” katanya menurut laporan Press TV.

Menurutnya, tidak akan wujud sebarang resolusi selagi tentera  Israel terus berkuasa di Palestin.

Rabu lalu, Mahmoud Abbas menolak cadangan Israel untuk ditempatkan di Lembah Jordan, tetapi beliau menerima kehadiran tentera AS di sana.

No comments:

Post a Comment