HAMBURG 22 Dis. - Sebanyak 82 orang anggota polis dan beberapa penunjuk perasaan cedera, dalam pertempuran ekoran pengusiran aktivis berhaluan kiri dari sebuah pusat kebudayaan di sini, semalam.
Menurut polis, lebih 7,000 orang melancarkan demonstrasi semalam terhadap penutupan pusat Rote Flora, bekas bangunan teater yang diduduki aktivis berhaluan kiri yang juga dijadikan tempat perjumpaan mereka.
Polis berkata, penunjuk perasaan turut melemparkan objek ke arah kira-kira 2,000 anggota polis.
"Penunjuk perasaan berarak secara tiba-tiba. Mereka turut melemparkan botol, batu dan bunga api ke arah kami, menyebabkan beberapa pegawai polis cedera.
"Kami tiada pilihan dan terpaksa melepaskan meriam air ke arah mereka, " kata jurucakap polis, Mirko Streiber.
Katanya lagi, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan kemudian menyerang pasar raya, bank dan juga polis selepas kumpulan besar yang disertai mereka bersurai.
Polis sebelum itu, mengisytiharkan beberapa kawasan di bandar raya tersebut sebagai 'zon bahaya' yang memberikan hak kepada pihak berkuasa untuk menahan penduduk tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_06/Pengusiran-aktivis-sayap-kiri-cetus-pertempuran#ixzz2oHrZxCfB
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment