TEL AVIV 23 Dis. - Israel semalam meminta Washington menjelaskan tentang pendedahan berhubung pemantauan emel pegawai kanan Israel termasuk bekas Perdana Menteri, Ehud Olmert dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak oleh Amerika Syarikat (AS).
Menurut maklumat terbaharu yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA), Edward J Snowden dan dikongsi oleh akhbar The New York Times, The Guardian dan Der Spiegel, agensi risikan AS dan sekutunya dari Britain, GCHQ 'mengintip' sebanyak lebih 1,000 sasaran termasuk pegawai Israel.
Menteri Risikan Israel, Yuval Steinitz semalam menganggap perbuatan mencuri dengar perbualan ke atas Perdana Menteri Israel adalah 'tidak sah' sedangkan Israel tidak mencuri dengar perbualan Presiden AS, White House mahupun Setiausaha Pertahanan Amerika. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_12/Israel-minta-penjelasan-AS-berhubung-isu-pengintipan#ixzz2oHp7CLKA
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment