Saturday, July 19, 2014

Putin gesa gencatan senjata


Putin berkata, dia sudah menghubungi Presiden Ukraine Petro Poroshenko selepas sebuah pesawat Boeing 777 milik Syarikat Penerbangan Malaysia ditembak jatuh, membunuh semua 298 penumpang di dalamnya, sebahagian besar daripada mereka adalah warga Belanda. 
“Rundingan damai antara kumpulan bertentangan perlu diadakan secepat mungkin. Semua pihak yang terbabit dalam pertelingkahan di rantau itu perlu menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan,” kata Putin pada mesyuarat dengan pemimpin Gereja Ortodok di Sergiev Posad, berhampiran Moscow. 

“Apa yang berlaku di timur Ukraine amat menyedihkan. Ia satu tragedi,” katanya.
Foto
PUTIN (kanan) berbincang dengan Perdana Menteri Dmitry Medvedev mengenai tragedi pesawat MAS sebelum memulakan mesyuarat mengenai isu ekonomi di Novo-Ogaryovo, Moscow, semalam.

Putin yang menyalahkan Poroshenko terhadap peristiwa yang menimpa pesawat MAS itu kerana enggan melanjutkan gencatan senjata dengan puak pemberontak di wilayah berkenaan berkata, beliau berharap pemimpin Ukraine berkenaan akan dapat menawarkan cara yang aman bagi mengakhiri konflik berkenaan.

Kerajaan Ukraine menyalahkan pemberontak pro-Russia kerana menembak jatuh pesawat penerbangan MH17 itu dengan bantuan wakil perisikan Russia. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

No comments:

Post a Comment