Selain itu, persoalan mengapa Malaysia Airlines memilih ruang udara zon konflik iaitu di timur Ukraine sedangkan kebanyakan pengendali penerbangan di Asia sudah tidak melakukannya, turut menjadi antara debat antarabangsa.
Konsultan Whitesky Aviation yang berpangkalan di Jakarta, Gerry Soejatman, berkata, setiap syarikat penerbangan sebenarnya mempunyai kajian tersendiri berkaitan meluncur pada ketinggian berisiko.
Bagaimanapun, katanya, meluncur pada ketinggian 30,000 kaki atau 10,000 meter secara amnya adalah selamat bagi sebarang penerbangan.
Bagaimanapun, katanya, meluncur pada ketinggian 30,000 kaki atau 10,000 meter secara amnya adalah selamat bagi sebarang penerbangan.
SERPIHAN pesawat. FOTO Reuters
“Sepuluh tahun lalu kita akan digelar bodoh jika terbang pada ketinggian bawah 15,000 kaki di ruang udara Iraq. Tapi, 30,000 adalah satu paras yang selamat. Oleh itu, ini bukan isu ketinggian penerbangan.
“Saya berpendapat, nahas ini akan memberikan satu isyarat kepada syarikat penerbangan bahawa mereka harus mengkaji awal jika memilih untuk terbang di ruang udara zon konflik dan ambil tahu apa yang ada di bawah,” katanya.
Malaysia Airlines bukan satu-satunya syarikat penerbangan yang kerap menggunakan ruang udara Ukraine.
Air India dan Thai Airways mendakwa mereka terpaksa menukar laluan apabila mendapat berita pesawat MH17 terhempas.
Air China dan China Eastern Airways mempunyai kekerapan 28 penerbangan seminggu menggunakan ruang udara timur Ukraine. Tapi, Pentadbir Udara China sudah mengarahkan semua syarikat penerbangan tidak lagi menggunakan ruang udara itu.
Vietnam Airlines turut mendakwa pihaknya menggantung semua penerbangan jarak jauh ke Eropah serta-merta berikutan nahas menimpa pesawat Malaysia Airlines.
Bagaimanapun, beberapa syarikat penerbangan Asia dan Pasifik seperti Korean Air dan Asiana, Qantas dan China Airlines, mendakwa pihak mereka sudah tidak menggunakan ruang udara timur Ukraine, kira-kira empat bulan lalu - apabila tentera Russia bergerak masuk ke Crimea.
Jurucakap Qantas berkata, laluan London ke Dubai pernah menggunakan ruang udara Ukraine, tetapi sudah menukarkannya beberapa bulan lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dipetik berkata, pihak berkuasa udara antarabangsa memberi jaminan kepada Malaysia Airlines bahawa laluan itu selamat.
“International Air Transportation Association memberikan pengesahan bahawa ruang udara yang digunakan oleh MH17 tidak termasuk dalam yang dilarang,” katanya. - AP
No comments:
Post a Comment