Nor Ain menerima kunjungan pemimpin Umno bahagian yang turut menghulurkan sumbangan hari raya. |
GUA MUSANG - Mangsa simbah cuka getah yang hanya berkurung dalam rumah mendapat simpati pemimpin Umno bahagian yang mengadakan kunjungan ke rumahnya di Kampung Baru Mutiara Aring, kelmarin.
Nor Ain Abdul Aziz, 20, telah lima tahun berkurung dalam rumah kerana malu dengan keadaan wajahnya selepas menjadi mangsa simbah cuka getah oleh bapa tirinya.
Menurut Nor Ain, harapannya untuk pulih agak samar walaupun telah berulang kali menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Saya cuba melupakan peristiwa pahit yang menimpa diri saya untuk memulakan kehidupan baharu tetapi kadang-kala saya tetap memikirkan mengenai masa depan yang kabur.
“Ketika kejadian, saya baru berusia 15 tahun dan belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku. Saya amat menderita dengan apa yang berlaku," katanya yang menerima kunjungan Bendahari Umno bahagian, Zamzani Harun, Ketua Penerangan Umno bahagian, Mohd Shahbuddin Hashim dan Pengerusi Umno Zon Aring, Ruzelan Romli.
Kejadian malang itu berlaku selepas bapa tirinya berusia 57 tahun bertindak menyimbah cuka getah selepas memperkosa Nor Ain dalam sebuah dusun tidak jauh dari perkampungan terbabit pada Ogos 2009.
Bagaimanapun, bapa tirinya meninggal dunia selepas minum cuka getah dan Nor Ain pula koma empat bulan menerima rawatan di HUSM, malah penglihatannya juga tidak dapat dipulihkan.
Berikutan kejadian itu, anak sulung daripada empat beradik ini mengalami tekanan perasaan kerana harapan untuk pulih seperti sedia kala tipis walaupun doktor pakar berjanji melakukan pembedahan plastik bagi hidung dan telinga yang hancur selepas terkena cuka getah.
Nor Ain yang dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih empat bulan menerima rawatan di HUSM, bukan sahaja cacat anggota badan, malah dia juga malu bertemu rakan sekolah disebabkan keadaannya itu.
"Saya buntu memikirkan hidup masa depan dan mungkin akan terus berkurung di rumah kerana tidak mampu melakukan sebarang kerja bagi memperoleh pendapatan.
"Saya hanya mengharapkan ibu, Nor Azizah Jusoh, 38, dan empat adik-beradik membantu saya setiap hari termasuk menyediakan makanan," katanya yang sentiasa memujuk dirinya agar bersabar dan menerima takdir Tuhan dengan tabah serta hati terbuka.

No comments:
Post a Comment