AMSTERDAM - Ketua sebuah pasukan penyiasat antarabangsa, Pieter-Jaap Aalbersberg berkata, banyak barangan peribadi milik mangsa-mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 ditemui dekat kampung Grabovo, timur Ukraine.
Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan daging mayat ditemui pasukan penyiasat itu ketika melakukan kerja-kerja mencari di lokasi nahas.
Beliau berkata, 88 orang pakar melakukan pencarian di kawasan yang seluas enam kilometer persegi.
Pada mulanya, usaha mendapatkan semula mayat mangsa berjalan perlahan ekoran peperangan antara para pejuang pemisah pro-Rusia dengan tentera Ukraine.
Pesawat MH17 itu ditembak jatuh pada 17 Julai lalu menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Dalam nahas itu, lebih 200 mayat mangsa telah ditemui dan dipindahkan ke Belanda untuk proses mengenal pasti identiti mangsa.
Amerika Syarikat percaya pesawat itu ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemisah Ukraine. yang mendapat sokongan Rusia. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz39SpaaJIW
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment