Kiev: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan seramai 21 anggota Pasukan Siasatan Khas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar selamat memasuki kawasan nahas penerabngan MH17 di Donetsk, Ukraine, pagi semalam.
Beliau berkata, pasukan itu dikawal rapi pihak berkuasa sepanjang perjalanan ke lokasi nahas malah mereka juga melihat kemusnahan perang di sekitar kawasan terbabit.
“Walaupun mereka berjaya tiba di kawasan nahas, namun setakat ini, kerja menggeledah dan mencari bukti kes masih belum dapat dimulakan berikutan kejadian berbalas tembakan meriam sedang berlaku antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Russia,” katanya.
Bagi tujuan keselamatan anggota menurutnya, kumpulan pemberontak tidak membenarkan kerja geledah dilaksanakan pada waktu itu.
Bagi tujuan keselamatan anggota menurutnya, kumpulan pemberontak tidak membenarkan kerja geledah dilaksanakan pada waktu itu.
ANGGOTA pasukan dari Belanda dan Australia meneruskan operasi mencari di lokasi MH17 terhempas berhampiran perkampungan Rozsypne di Timur Ukraine.
Pasukan Malaysia dapat berlindung di kawasan berhampiran lokasi nahas di sekitar tepi jalan sehingga keadaan lebih stabil dan selamat.
Sementara itu, agensi media AFP melaporkan, pakar Malaysia mula memasuki lokasi nahas MH17 di timur Ukraine buat kali pertama, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment