Perwakilan Kelantan, Prof Madya Saharun Ibrahim membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR ke-10 2014, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB |
SHAH ALAM - PKR perlu mengambil pengajaran daripada kegagalan memenangi kerusi Dun Pengkalan Kubor pada PRU13 lalu yang berpunca daripada kurang kerjasama daripada rakan PR lain.
Perwakilan PKR dari Kelantan, Prof Madya Saharun Ibrahim berkata, kesilapan tersebut perlu diperbaiki agar PKR dapat memenangi kerusi itu yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Noor Zahidi Omar.
"Dalam PRU13 lalu, kita yakin dapat menang kerusi itu tapi kita tersilap teknik. Rancangan kita tidak menjadi kerana hubungan dengan parti lain kurang baik.
"Ibarat menunggu durian yang gugur tetapi rupa-rupanya lantai pondok telah dipecahkan rakan sendiri. Jadi, jika mahu menang kali ini kita perlu berusaha dapatkan kerjasama daripada semua parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR ke -10, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga bekas calon PRK di kerusi tersebut pada PRU13 lalu turut menyatakan kesediaan berkhidmat bagi memastikan kemenangan PKR.
"Tidak kira siapa calon PKR, saya sedia kerja keras supaya sekurang-kurangnya kita dapat tambah jumlah undi. Berdasarkan undian yang diterima pada PRU13 lalu, saya yakin kita mampu meningkatkan sokongan penduduk," katanya.
Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong setelah Noor Zahidi meninggal dunia akibat kanser di Guangzhou, China, Rabu lalu.
Pada PRU13, Noor Zahidi menang dengan majoriti 1,763 undi walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Saharun dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail.

No comments:
Post a Comment