Saturday, August 23, 2014

Di Sebalik Tragedi MH17, Tembelang BN Terbongkar?



SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.

Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu."Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.Ia mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di Semporna.Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri penjelasan," ujarnya.Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai muslihat tersendiri.

"Peristiwa serangan di Sabah sudah berlaku sejak 1986, 1991, 1990 tetapi tidak ada tindakan sivil yang diambil oleh pihak kerajaan"Tetapi pada tahun 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat.

"Oleh kerana kita lihat ia berlaku tiga bulan sebelum pilihan raya apabila berlaku pada bulan Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk bulan Mac," katanya.

Pada Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Jelasnya, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti. ~awani

No comments:

Post a Comment