Dr Wan Azizah Wan Ismail |
MUNGKIN pendapat peribadi saya ini akan dipandang serong, sedangkan ini sekadar pendapat peribadi yang telah terbuku di benak.
Timbul sedikit keberanian malam ini untuk pendapat ini dikongsi bersama.
Menabalkan/melantik/memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, atau Adun atau presiden parti bukan bersifat NEPOTISMA sepertimana pendapat segelintir.
Beliau seorang pemimpin yang muncul ketika negara berdepan satu detik hitam yang mengubah landskap politik tanahair.
Tanpa mengambil kira walaupun sebelumnya beliau hanya seorang surirumah atau doktor mata atau sesiapa pun, beliau muncul dengan keberanian.
Bukan nak bermadah dengan modal 'tangan yang menghayun buaian', hakikatnya beliau seorang pemimpin, yang telah dan sedang memimpin.
Wan Azizah juga telah meninggalkan tanggungjawab kecil (dalam soal kekeluargaan) untuk menggalas tanggungjawab lebih besar, bukan sekadar membela si suami semata-mata tetapi membela seorang pemimpin yang ketika itu turut dibela oleh sebilangan besar masyarakat termasuklah Pas dan DAP.
Sepengetahuan saya, NEPOTISMA itu lebih kepada memberi suatu kelebihan/jawatan kepada ahli keluarga ketika sedang berkuasa, yang boleh ditakrif sebagai 'conflick of interest' - menggunakan kuasa yang ada untuk melantik ahli keluarga ke suatu jawatan.
Beza memang berbeza, Wan Azizah tidak dilantik (ke suatu jawatan) ketika Anwar berkuasa.
Wan Azizah lahir dari sebuah krisis pada tahun 1998, pusing ke seluruh dunia mohon bantuan di atas isu penindasan dan ketidak-adilan.
Beliau memilih untuk bersama gerakan, bukan memilih untuk berdiam ketika itu.
Boleh saja Wan Azizah berdiam hingga Anwar dibebaskan, itupun jika dibebaskan.
Kini, Wan Azizah yang sama diangkat menjadi calon tunggal Menteri Besar Selangor.
Inilah Wan Azizah yang telah harung kesukaran sebuah perlawanan belasan tahun lamanya, diangkat atas pengalaman, kapasiti presiden parti dan adun selayaknya, bukan diangkat dari celah dapur atau dari celah bilik pembedahan.
Atas kefahaman ini, saya yakin pelantikan beliau atas apa juga jawatan yang relevan bukan bersifat NEPOTISMA.
Ini pendapat saya, dan saya yakin ramai yang akan sependapat jika memahami erti sebenar NEPOTISMA.
Nurul Izzah? Ya, samalah.
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
23 Ogos 2014

No comments:
Post a Comment