Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan ke-10 2014, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB |
SHAH ALAM - "Apakah kita tidak boleh mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang menteri besar wanita pertama di Malaysia? Adakah itu satu kejutan? Pada saya tidak," demikian menurut perwakilan Wanita PKR, Sivamalar Ganapathy ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden PKR hari ini.
Sivamalar berkata, sekiranya Wan Azizah diangkat menjadi Menteri Besar Selangor ianya bakal mencipta sejarah politik tanah air kerana beliau bakal menjadi wanita pertama yang diangkat menjadi menteri besar.
"Ini adalah PKR dan sebuah parti yang memperjuangkan masa depan rakyat. PKR sebuah parti yang sentiasa mencipta kejutan.
"Tidak ada calon yang lebih layak melainkan Wan Azizah. Jika beliau dilantik maka ini akan menjadi satu sejarah kepada negara kita," katanya di Kongres Nasional PKR 2014 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, hari ini.
Ucapan Sivamalar itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan lain sebagai tanda sokongan.
Terdahulu, mengimbas kembali krisis politik Selangor menyaksikan menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana ingkar arahan parti.
PKR kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah bagi menggantikan kerusi Abdul Khalid sehingga membawa kepada satu lagi episod baharu dalam sejarah politik Selangor.
Abdul Khalid bagaimanapun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kekal sebagai menteri besar.
Episod politik di Selangor bertambah panas apabila Abdul Khalid bertindak memecat Exco PKR dan DAP dalam kerajaan negeri yang menolak pentadbirannya.
Hanya tinggal empat Exco Pas kini bersama-sama Abdul Khalid menguruskan pentadbiran kerajaan Selangor.
Namum, kedudukan Abdul Khalid kembali goyah apabila 30 Adun (majoriti) melalui akuan bersumpah menyatakan rasa hilang percaya terhadap Adun Pelabuhan Klang itu.
Keberangkatan pulang awal Sultan Selangor daripada bercuti ke luar negara, yang disebut-sebut hari ini, dikatakan akan menamatkan kemelut politik di negeri ini.

No comments:
Post a Comment