Kuala Berang: “Pedih rasanya hati dan dalam tidak sedar air mata bercucuran apabila sering diejek dengan perkataan ‘muka hodoh’ oleh murid lelaki ketika saya berada di sekolah,” kata Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizam, 12, mangsa simbahan asid oleh bapa kandungnya pada 15 Ogos 2010 lalu.
Menurutnya, walaupun kejadian itu genap empat tahun berlaku, namun ia meninggalkan kesan dalam kehidupannya terutama kecacatan kekal pada wajah yang mengakibatkannya sering menjadi ejekan rakan.
Katanya, dia terkilan dengan perbuatan rakannya itu memandangkan sekolah tempat mendapatkan ilmu dan bukannya melakukan cacian serta hinaan.
“Tolong jangan jadikan saya sebagai bahan cacian kerana semua yang berlaku ketentuan Allah dan bukan kehendak diri ini, namun saya kuatkan diri bagi mengharungi situasi berkenaan.
“Tolong jangan jadikan saya sebagai bahan cacian kerana semua yang berlaku ketentuan Allah dan bukan kehendak diri ini, namun saya kuatkan diri bagi mengharungi situasi berkenaan.
Nurul Dahyatul Fazlinda bersama nenek dan adiknya mendengar nasihat daripada Sudin (kiri).
Nurul Dahyatul Fazlinda bercita-cita menjadi doktor dan berharap ejekan rakan sekolahnya menjadi pembakar semangatnya. |
“Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, namun kecacatan yang saya alami ini bukannya bahan ejekan yang jelas boleh mengguris perasaan,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Sekayu, dekat sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment