Friday, August 15, 2014

Pinda Akta Keterangan, Hasutan



ISMAIL SABRI (duduk tengah) bersama sebahagian daripada ketua UMNO bahagian yang mengadakan pertemuan dengan Abdul Gani, Khalid dan Mohamed Shahril di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Seramai 60 ketua UMNO bahagian dari seluruh negara semalam mengadakan pertemuan tertutup dengan tiga pihak berkepentingan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu penghinaan agama dan kaum yang berleluasa di internet kebelakangan ini.
Tiga pihak itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Shahril Tarmizi serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan Undang-Undang UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertemuan itu diadakan ekoran masyarakat kini resah kerana mempunyai persepsi seolah-olah terdapat pendakwaan terpilih ke atas sesuatu kes melibatkan penghinaan kaum dan agama.
Katanya, Abdul Gani memberitahu unda ng-undang berhubung Akta Hasutan dan Akta Keterangan perlu dipinda bagi memperbaiki kelemahan yang ada jika mahu kes-kes penghinaan di media sosial disiasat serta didakwa di mahkamah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3APYhzMZ8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment