Thursday, August 14, 2014

PAS keluar jika lantik Exco BN



Shah Alam: PAS Selangor akan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada UMNO untuk menyertai Exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, buat masa ini PAS masih sebahagian daripada parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan akan menjaga kepentingannya dalam kerajaan negeri.


“Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.



“PAS juga tidak akan menuntut Adun PAS dilantik sebagai Exco (dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14

No comments:

Post a Comment