SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dakwaan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti Adun Selangor perlu diterjemah melalui proses undi tidak percaya di Dun Selangor.
“Saya telah maklum tentang pengumuman itu.
“Oleh itu, sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa,” katanya yang dipetik dari Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Wan Azizah dalam sidang media tengah hari tadi mengumumkan PR kembali mempunyai majoriti di Dun Selangor apabila dua orang Adun Pas menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Abdul Khalid.
Menurut Wan Azizah, Adun Pas tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang Adun berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang Adun.
"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada Adbul Khalid sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baharu," katanya.

No comments:
Post a Comment