Thursday, September 11, 2014

Bayi lelaki miliki empat kaki, empat tangan



AGENSI
MUKISA dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan.


KAMPALA, Uganda - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari sebuah perkampungan di Nabibingo di timur Uganda yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan selamat menjalani pembedahan membuang lebihan anggota itu, lapor portal MailOnline, semalam.
Bayi lelaki itu, Paul Mukisa telah menjalani pembedahan pada 18 Ogos lalu selama tiga jam di Hospital Mulago di Kampala, ibu negeri Uganda dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ibu bapanya, Margaret Awino dan Boniface Okongo sebelum ini pernah membawa anaknya ke sebuah hospital di sebuah wilayah terdekat, namun diberitahu oleh doktor bahawa pasukan perubatan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap bayi tersebut.
Pasangan suami isteri itu kemudian membawa anaknya ke Hospital Mulago di Kampala sebelum sepasukan doktor yang diketuai pakar bedah pediatrik, Dr. John Sekabira mengesan hati dan jantung bayi itu yang turut berada pada kedudukan yang salah.
"Pembedahan bagi membuang lebihan anggota bayi itu berjalan lancar dan dia dijangka akan membesar seperti manusia normal," kata salah seorang pakar bedah, Dr, Nasser Kakembo. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3CxLJ6XLo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment