Thursday, September 11, 2014

DARI BAPA MERTUAMU



Alkisah ada seorang ibu dgn 3 orang menantu, dari 3 orang anak perempuannya yang cantik2... Si ibu mertua ini ingin tahu apakah ke tiga2 menantu itu sayang kepadanya atau kepada anak2nya sahaja.. Lalu dia ingin menguji ketiga2 menantunya itu...

Esoknya dia mengajak menantu pertama menaiki bot ke tengah laut.. Sampai di tengah laut, dia sengaja menjatuhkan dirinya ke dalam laut sambil menjerit meminta tolong… Si menantu tanpa berlengah lagi dgn pantas terjun ke dalam laut dan menyelamatkan ibu mertuanya itu.. Esok paginya ketika keluar rumah, si menantu tersebut ternampak sebuah kereta Toyota Camry baru di hadapan rumahnya, dan sebuah nota tertulis: "Dari Ibu Mertuamu"…

Selepas itu, si ibu mertua ingin menguji menantu kedua pulak… Dia juga mengajak menantu ke dua itu menaiki bot ke tengah laut.. Sampai ke tengah laut, dia pun dgn sengaja menjatuhkan dirinya ke dalam laut sambil menjerit meminta tolong... Si menantu kedua tanpa berlengah lagi dgn bingkas terjun ke dalam laut dan menyelamatkan ibu mertuanya itu... Esok paginya ketika keluar rumah, si menantu tersebut ternampak sebuah kereta Volkswagon Passat baru di hadapan rumahnya, dan sebuah nota tertulis: "Dari Ibu Mertuamu"…

Kemudian selepas itu, si ibu mertua ingin pula menguji menantu ketiga pulak… Dia pun menggunakan kaedah yang sama, mengajak menantu ke 3 itu menaiki bot ketengah laut.. Sampai di tengah laut, dia pun dgn sengaja menjatuhkan dirinya ke dalam laut sambil menjerit meminta tolong... Tetapi malang, kali ini si menantu ke 3 tanpa berlengah lagi memusing bot sambil ketawa, kembali ke rumah meninggalkan si ibu mertuanya itu tercungap2... Esok paginya ketika keluar rumah, si menantu tersebut ternampak sebuah kereta Mercedes Benz S-Class Brabus baru di hadapan rumahnya, dan sebuah nota tertulis: "Dari Bapa Mertuamu"

No comments:

Post a Comment