Thursday, September 11, 2014

Ukraine cadang status khas bagi kawasan pemisah

RABU, 10 SEPTEMBER 2014 @ 4:03 PM


KIEV: Pelan damai yang dipersetujui minggu lalu antara Ukraine dan pemisah pro-Russia mengekalkan konsep kedaulatan dan kesatuan negara dalam lingkungan sempadannya sekarang.

Presiden Petro Poroshenko berkata gencatan senjata antara pasukan keselamatan dan pemberontak di timur Ukraine didapati sukar dijaga kerana pihak pengganas sentiasa cuba memprovokasi pasukan Kiev.

"Protokol (yang ditandatangani di Minsk Jumaat lalu) mahu kedaulatan Ukraine dipulihkan dan kekal di semua wilayah Donbass (timur Ukraine), termasuk kawasan yang dikuasai pemberontak," katanya.

Poroshenko menambah, beliau akan membentangkan kepada Parlimen minggu depan draf undang-undang yang akan memberi status khas kepada beberapa kawasan di Donetsk dan Luhansk, yang kini dikuasai pemisah. - REUTERS



Presiden Ukraine Petro Poroshenko bercakap dengan orang ramai ketika melawat bandaraya pelabuhan Mariupol kelmarin. - Foto AFP

No comments:

Post a Comment