KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2014 @ 6:17 PM
PUTRAJAYA: Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menghina masyarakat India Muslim dan badan itu di laman sosial Facebook.
Bagi menzahirkan perkara itu, Ketua Pemuda KIMMA, Harisrajudin Alaudin; Ketua Wanita KIMMA, Fatimah Zainuddin; dan Ketua Puteri KIMMA, Rohaini Syed Ibrahim menyerahkan satu memorandum kepada seorang wakil KDN.
Dalam memorandum itu, Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, berkata individu yang menggunakan nama 'Rajaretinam Armuggan' memuat naik status "Don't ever trust mamak & KIMMA members. They never claim they Indian or Tamil. They just wanted hak istimewa - sanggup JUAL DIRI dan BANGSA untuk duniawi" di laman Facebook pada 25 Ogos lepas.
Syed Ibrahim berkata, kenyataan itu secara tidak langsung menghasut pengguna laman sosial untuk membenci masyarakat India Muslim dan KIMMA.
Beliau berkata, individu berkenaan turut memuat naik kenyataan yang menghasut pengguna agar membenci dasar kerajaan serta mengutuk sambutan kemerdekaan.
Sehubungan itu, Syed Ibrahim meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment